Tiada campur tangan istana dalam kes editor Sarawak Report

  • tahun lalu
BERITA TIKTOK 15 MEi 2023

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown berdepan pertuduhan memfitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah akan mendapat perbicaraan secara adil sekiranya kes dijalankan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Haslinda Che Seman dalam hujahannya berkata, ini adalah kerana sepanjang proses pendakwaan kes itu, tiada sebarang campur tangan daripada pihak istana Terengganu.