Puluhan ribu hadir, erat silaturahim pelbagai kaum
  • 11 bulan lalu
Dianggarkan 20 ribu pengunjung membanjiri Dataran Merdeka bagi meraikan Sambutan Aidilfitri Malaysia Madani yang berlangsung selama dua jam bermula 10 pagi.

Dengan penyertaan lebih 100 gerai dari masjid dan surau di Wilayah Persekutuan, masyarakat pelbagai kaum turut mengambil peluang berkumpul seawal pagi lagi.

Beberapa individu ditemui Astro AWANI menyifatkan majlis sedemikian mampu mengukuhkan hubungan sesama masyarakat.