Keputusan benar pelarian bekerja harus berdasarkan data KDN

  • tahun lalu
Sebarang keputusan bagi membenarkan pelarian diambil bekerja dalam mana-mana sektor haruslah berdasarkan data oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), kata menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Susulan keputusan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara dan Mesyuarat Kabinet baru-baru ini, beliau berkata KDN kini dalam usaha mengumpul data berkaitan pelarian misalnya jantina, umur dan negara asal mereka.