Isu ketersambungan perlu dipandang serius - Abang Johari

  • tahun lalu
Kerjasama dan sokongan syarikat-syarikat telekomunikasi amat diperlukan bagi meluaskan liputan internet dan telefon di Sarawak.

Perkara itu antara yang dibincangkan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menerima kunjungan hormat dari Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching di Wisma Bapa Malaysia pada Rabu.