'Jika nak peruntukan, pembangkang kena runding dengan Anwar'
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 1 MEI 2023

Pihak pembangkang perlu datang berunding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika mahukan peruntukan sama rata kepada semua ahli Parlimen tanpa mengira parti.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff berkata, Ahli Parlimen Tambun itu berulang kali menyatakan kesediaan untuk memberikan peruntukan sekiranya pemimpin pembangkang berbincang dengannya.

Menurut beliau, Perikatan Nasional perlu hentikan serangan ke atas Anwar dan Kerajaan Perpaduan sebaliknya menjalinkan hubungan baik bagi membolehkan federalisme berjalan lancar.