Suhu di 9 kawasan dijangka meningkat 37 darjah celsius

  • tahun lalu
Suhu di sembilan kawasan di negara ini berada pada tahap 1 (berjaga-jaga) berikutan ianya boleh meningkat sehingga 35 hingga 37 darjah celsius.

MetMalaysia pada petang Ahad memaklumkan sembilan kawasan itu ialah Kuala Terengganu, Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah, Rompin dan Jempol.

Manakala terdapat dua kawasan di Sabah berada pada tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu di Beaufort dan Nabawan.