BABA'S Sambal Kari Udang | Minit Ekspress

  • tahun lalu
Sedapnya bila makan BABA’S Sambal Kari Udang dengan nasi panas-panas. Nak lebih sedap, pastikan anda guna udang yang segar kerana rasa manis udang akan melazatkan lagi kuah anda. Jangan lupa gunakan BABA’S Serbuk Kari Ikan Pedas untuk hidangan yang lebih lazat.

BABA’S SAMBAL KARI UDANG

BAHAN-BAHAN:
5 sudu besar BABA’S Serbuk Cili
6 sudu besar BABA’S Serbuk Kari Ikan Pedas
1 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
15-20 ekor udang sederhana – bersihkan
2 biji tomato – belah 8
6 biji bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
½ inci halia – kisar
2 sudu makan kelapa parut – kisar
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu teh gula perang
1 sudu teh halba campur
1 tangkai daun kari
Garam secukup rasa

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #BabasSambalKariUdang #BabasRencahHidupku #babasnu #babas #resipi