[TERKINI] Zaini Ujang dilantik sebagai KSU Kementerian Sumber Manusia

  • tahun lalu
Datuk Seri Dr Zaini Ujang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Menurut beliau, Zaini yang berusia 58 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia; Ijazah Sarjana Kejuruteraan Persekitaran, Universiti Newcastle Upon Tyne dan Doktor Falsafah daripada Universiti Newcastle, United Kingdom.