Tukang baiki jeans denim bukan kerjaya remeh
  • tahun lalu
Tukang baiki jeans denim bukan kerjaya remeh

BERITA SEMASA 23 APRIL 2023

Lebih dikenali di luar negara, kerjaya membaiki pakaian berfabrik denim sebenarnya tidak semudah yang disangkakan ramai orang, lapor wartawan Sinar Harian, Aswany Omar.

Bagaimanapun, Zaki Ismail, 38, sanggup berhenti kerja demi kepuasan peribadi menerusi kerjaya tersebut.
 


Bekas jurutera elektrik itu memberitahu, benang dan mesin jahit berkualiti merupakan komponen penting dalam kerjanya.
 
Menurut Zaki, membaiki seluar vintaj keluaran tahun 1800-an atau 1900-an memerlukan benang lebih mahal sesuai dengan material pakaian itu.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian