Pembuat tanjak tak menang tangan siapkan 300 tempahan

  • tahun lalu
Pembuat tanjak tak menang tangan siapkan 300 tempahan

BERITA SEMASA 15 APRIL 2023

Permintaan tanjak atau dikenali sebagai destar nampaknya menjadi pilihan golongan muda untuk digayakan dalam pelbagai majlis termasuk menyambut lebaran, lapor wartawan Sinar Harian Johor, Nor Azura Md Amin.

Pembuat tanjak di Pekan Nanas, Pontian, Aziani Abd Ghani berkata, permintaan tanjak semakin meningkat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini dan paling menjadi pilihan pelanggan pada tahun ini ialah Naga Berlabuh dan Solok Timbo.

Katanya, dia tidak menang tangan hendak menyiapkan hampir 300 tanjak yang ditempah oleh pelanggan, untuk digayakan pada Syawal nanti.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian