[TERKINI] Hao Sheng julang nama Malaysia dalam Terbuka Pattaya

  • tahun lalu
Pemain tenis kebangsaan, Koay Hao Sheng cemerlang selepas menjuarai perseorangan lelaki dalam Terbuka Pattaya 2023 pada Ahad.

Pemain berusia 25 tahun dari Perlis itu menewaskan Guntinun Sootinun-Opart dari Thailand dengan mata (6-3, 6-1) dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Greta Resort and Sport Club, Pattaya.