Aida harap keputusan mahkamah beri pengajaran kepada artis baharu

  • tahun lalu
Aida harap keputusan mahkamah beri pengajaran kepada artis baharu

BERITA SEMASA 7 APRIL 2023

Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur pada Jumaat, memerintahkan pelakon, Amelia Henderson membayar syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd, mencecah lebih RM200,000 berhubung berhubung isu pelanggaran kontrak sebuah drama, tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas mendapati Amelia selaku defendan telah melanggar terma-terma kontrak dalam filem 'Sekali Lagi Cinta Kembali'.

Datuk A Aida bersyukur dan menitiskan air mata berkata, dia sangat lega dan yakin berada di pihak yang benar sejak awal.
Artikel: https://go.sinar.la/3UiWlhB

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian