Tingkatkan kawalan kendiri elak jangkitan COVID-19 - Hajiji

  • tahun lalu
Semua pihak terus diingatkan agar melakukan kawalan kendiri terutamanya sewaktu perayaan bagi mengelakkan diri dari dijangkiti wabak COVID-19.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peringatan itu diberi susulan peningkatan kes COVID-19 sebanyak 37.7 peratus pada 1 April, iaitu sewaktu pembukaan semula sekolah di seluruh negara.