Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 3.2% tahun ini - S&P Global

  • tahun lalu
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka pada 3.2% tahun ini, berikutan pertumbuhan kukuh sebanyak 8.7% pada 2022.

Ahli Ekonomi Asia Pasifik S&P Global (S&P) Vishrut Rana berkata, trend itu mencerminkan kelemahan luaran apabila kitaran perdagangan global dan industri elektronik lemah tahun ini, selepas dua tahun menunjukkan pertumbuhan dan aktiviti kukuh.