Wan Fayhsal gesa kerajaan bantu rakyat susah
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 3 APRIL 2023

Selepas bertindak keluar Dewan Rakyat, Ahli Parlimen pembangkang kemudiannya mengadakan sidang media di Lobi Parlimen, menyatakan rasa tidak puas hati mereka.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) menegaskan, soalan dibangkitkan beliau naik dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada Khamis lepas namun tidak sempat dijawab Menteri Kewangan.

Tegasnya, beliau masih menunggu jawapan bertulis dari Kementerian Kewangan berhubung isu tersebut yang dakwanya sehingga kini masih belum diterima.

Artikel: https://go.sinar.la/3zp3fZ9

Untuk berita komprehensif dalam dan luar negara tekan link di bio atau terus ke Story untuk baca berita terkini.

#BeritaSemasa #DewanRakyat #SinarHarian