Prinsip Malaysia berhubung AUKUS adalah tetap, tidak berubah

  • tahun lalu
BERITA SEMASA 30 MAC 2023

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembangunan lapan buah kapal selam berkuasa nuklear oleh Australia hanya menggunakan enjin berkuasa nuklear dan tidak akan dilengkapkan dengan senjata nuklear.

Jelasnya, ia selaras dengan komitmen Australia di bawah perjanjian berkaitan senjata nuklear.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Guan Eng (PH - Bagan) yang meminta Menteri Pertahanan menyatakan pendirian Malaysia ekoran pakatan pertahanan AUKUS selepas keputusan Australia untuk membeli lapan buah kapal selam perang nuklear.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian