Ahli Parlimen Besut digantung tiga hari daripada memasuki dewan
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 29 MAC 2023

Ahli Parlimen Besut, Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN) digantung tiga hari daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selepas diarah keluar dewan oleh Timbalan Speaker, Datuk Ramli Mohd Noor.

Perintah itu dikeluarkan Ramli selepas Che Mohamad enggan mengikuti arahannya supaya duduk ketika Kota Bharu (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mempersoalkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pindaan Kanun Keseksaan.

Tidak puas hati dengan penggantungan itu, Che Mohamad, berkata: "Saya dah duduk dah, kenapa keputusan selepas?"

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian
Disyorkan