Zahid berjaya peroleh pasport secara kekal
  • tahun lalu
Zahid berjaya peroleh pasport secara kekal

BERITA SEMASA 27 MAC 2023

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan Putrajaya, pada Isnin untuk mendapatkan semula pasport antarabangsa dan diplomatiknya secara kekal bagi menjalankan tugas rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Keputusan sebulat suara dibuat oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Hanipah Farikullah yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Lim Chong Fong.

Ketika memutuskan, Hanipah berkata, mahkamah membenarkan permohonan Datuk Seri Ahmad Zahid untuk mendapatkan dokumen perjalanan itu, selepas Mahkamah Tinggi pada 3 Februari lalu, menolak permohonan pasport secara kekal.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian