Fasa peralihan monsun dijangka bermula 23 Mac depan Met Malaysia

  • tahun lalu
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac depan sehingga pertengahan Mei. Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan media Ketua Pengarahnya pada Isnin.

Jelas METMalaysia, permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang melanda negara sejak 7 November tahun lalu.