Bakal Suami Suka 'Kaum Sejenis'
  • tahun lalu
Kita memilih pasangan hidup dengan cita-cita untuk bersama sehingga ke hujung usia. Namun apabila mengetahui bakal suami sukakan 'kaum sejenis' tentunya ia satu tamparan yang hebat buat seorang wanita.

Ada lelaki yang berkahwin semata-mata ingin menutup 'aib' dirinya. Kaum wanitalah yang menjadi mangsa keadaan.

Jika seorang wanita itu memilih untuk meneruskan perkahwinan dengan hasrat mahu 'membawa' bakal suami kembali ke pangkal jalan, persiapkanlah diri dengan ilmu yang secukupnya.