Dua lelaki ditahan samun guna parang, larikan RM10,000
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 16 MAC 2023

Dua lelaki tempatan ditahan disyaki menyamun menggunakan parang dan melarikan wang tunai RM10,000 di hadapan Teega Tower, Iskandar Puteri, Johor pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, suspek berusia lingkungan 40an yang terlibat dalam kejadian itu telah ditahan.

Siasatan masih diteruskan bagi mengesan rakan jenayah suspek berkenaan. Kes disiasat bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (rompakan berkumpulan).

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/BFY3

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa