Empat angkasawan selesai misi di stesen angkasa antarabangsa
  • tahun lalu
Empat anak kapal di atas kapsul Space-X Crew Dragon berjaya menamatkan misi sains selama lima bulan di stesen angkasa antarabangsa (ISS).

Kapsul Space-X yang digelar Endurance, mendarat di permukaan air di pantai teluk Mexico, tidak jauh dari Pantai Florida, Amerika Syarikat sekitar jam 9 malam waktu tempatan.