'Amir Jahari, saya minta maaf, saya akan letak lagu nasyid' - Mas Ermieyati
  • tahun lalu
Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin memohon maaf kepada Amir Jahari, penyanyi lagu tema filem Imaginur, Hasrat kerana menggunakan lagu ciptaannya itu sebagai lagu latar untuk hantaran video semasa berada di Mahkamah Kuala Lumpur susulan pendakwaan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat.

Jelasnya, beliau sedia menurunkan semula hantaran menggunakan lagu berkenaan dan menggantikannya dengan lagu lain seperti lagu nasyid atau lagu penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza.