KKM pantau perkembangan wabak H5N1 global

  • tahun lalu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus memantau perkembangan wabak selesema burung atau influenza H5N1 di peringkat global agar tindakan awal berdasarkan Pelan Persediaan Pandemik Influenza Kebangsaan (NIPPP) akan diambil sekiranya dikesan di Malaysia.

Kata Timbalan Pengarah Kesihatan Sarawak (Kesihatan Awam) Dr Rosemawati Ariffin, wabak yang berpunca daripada burung, termasuk ayam dan itik ini berpotensi menyebabkan pandemik jika ia mula menjangkiti manusia.