Bajet 2023: Wan Saiful ucap syabas, program Jendela PN diteruskan

  • tahun lalu
Bajet 2023: Wan Saiful ucap syabas, program Jendela PN diteruskan

BERITA SEMASA 27 FEBRUARI 2023

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan ucap syabas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga selaku Menteri Kewangan kerana meneruskan Projek Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Menurutnya program tersebut telah dimulakan oleh PN yang pernah jadi kerajaan sebelum ini.

Jelasnya lagi, berdasarkan ucapan ahli Parlimen Tambun semasa pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat lepas, petikan tersebut didakwa disalin semula semasa ucapan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang sebelum ini merupakan Bekas Menteri Kewangan kerajaan PN.

#BeritaSemasa #SinarHarian