Isu Rasuah Hakim | SPRM serah siasatan kepada Ketua Hakim Negara

  • tahun lalu
Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, berhubung pelanggaran peraturan bawah Kod Etika Hakim 2009, telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman, perkembangan itu dimaklumkan agensi berkenaan kepadanya menerusi surat bertarikh 21 Februari 2023.