Malaysia Culinary World Cup 2023 cipta rekod dunia

  • tahun lalu
Saksikan kejohanan memasak terbesar dunia yang diadakan oleh Persatuan Kulinari Malaysia Bersatu (MBCA) di World Trade Centre Kuala Lumpur pada 21 hingga 23 Februari 2023. Acara ini melibatkan 731 peserta tempatan dan antarabangsa dari pelbagai kategori dan aspek seperti inovasi, rasa, kebersihan, mise-en-place (miz-on-plaas) dan teknik. Pada hari terakhir, satu pertandingan kategori terbuka telah diadakan untuk kedua-dua pasukan chef profesional, akademi masakan dan kolej yang menampilkan menu gourmet yang unik. Kejayaan MBCA dalam mencipta rekod dunia Guinness juga diumumkan oleh juri rasmi rekod dunia, John Garland. MBCA berhasrat untuk mengadakan pertandingan ini setiap tahun bagi mengetengahkan senario kulineri global serta mewujudkan prospek ekonomi yang mapan bagi syarikat industri makanan tempatan dan antarabangsa.

Disyorkan