Mengaku Imam Mahdi, pengusaha tempe didenda RM4,500
  • tahun lalu
Mengaku Imam Mahdi, pengusaha tempe didenda RM4,500

BERITA SEMASA 21 FEBRUARI 2023

Pengusaha tempe didenda RM4,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada Selasa selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghina agama Islam dengan cara mengaku sebagai Imam Mahdi tahun lalu, lapor Wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Hakim Kamal Bashah Ahmad Tajuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Habib Shah Firdaus Habib Ahmad, 60, selepas mengambil kira hujahan mitigasi dan pemberatan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Beliau turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan jika tertuduh gagal membayar denda terbabit, namun tertuduh menjelaskan denda itu.

Artikel: https://bit.ly/3XNTJs3

Musik: Bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa