[TERKINI] Safee Sali umum persaraan daripada bola sepak profesional

  • tahun lalu
Selepas hampir dua dekad, bintang bola sepak negara, Safee Sali mengumumkan persaraan daripada bola sepak profesional.

Sepanjang kariernya, Safee pernah mewakili beberapa kelab besar antaranya JDT, Selangor dan KL City.

Bekas penyerang kebangsaan itu turut pernah beraksi di Liga Indonesia bersama pasukan Pelita Jaya.

sepanjang kariernya juga, Safee telah menjaringkan 136 gol bersama kelab diwakili.

Safee juga merekodkan 76 penampilan bersama pasukan kebangsaan dengan 47 gol dijaringkan bersama Harimau Malaya.

Disyorkan