Laporan Audit Negara | Pembaziran RM13.07 juta melibatkan mesin ventilator

  • tahun lalu
Semakan audit mendapati berlaku kes pembaziran bernilai 13.07 juta ringgit melibatkan pengurusan wabak COVID-19.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, ia melibatkan peralatan ventilator yang dibeli tidak dapat digunakan.

Terdapat juga satu kes melibatkan pembayaran tidak teratur bernilai RM100,000 iaitu program pengurusan perkhidmatan ambulans dan perkhidmatan udara dilaksanakan sebelum pesanan tempatan.