Belanjawan 2023 | Terpaksa menyewa, rumah kini harga 'kayangan'

  • tahun lalu
Bukan sahaja golongan B40 bahkan, mereka yang mempunyai pekerjaan tetap, berada dalam kelompok M40 turut mengakui sukar memiliki rumah pertama berikutan harga yang terlalu tinggi atau digelar harga 'kayangan'.

Orang ramai yang ditemui sekitar kepala batas, Pulau Pinang berkata, kebanyakan rumah baru ketika ini berharga melebihi RM300 ribu ke atas menyebabkan mereka hanya mampu 'melihat' projek perumahan dari jauh tetapi tidak mampu memilikinya.

Pada masa sama, ada yang mengakui prosedur ketat diletakkan institusi kewangan menyukarkan lagi mereka yang ingin memiliki kediaman sendiri.