Objek Misteri | White House beri jaminan tiada makhluk asing

  • tahun lalu
White House memberi jaminan tiada tanda-tanda makhluk asing atau aktiviti di luar angkasa lepas selepas beberapa siri tembakan objek misteri di ruang udara Amerika Utara.

Jaminan dibuat Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean Pierre susulan kebimbangan dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat berhubung dakwaan aktiviti berkaitan makhluk asing.