Misi Bantuan | Pasukan kedua ATM berlepas ke Turkiye
  • tahun lalu
Kumpulan kedua daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), seramai 34 pegawai dan anggota berlepas ke Turkiye Jumaat malam dalam misi bantuan gempa bumi ke negara itu.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh, bantuan kemanusiaan itu akan menubuhkan Hospital Medan yang mana merangkumi tahap 3 di Turkiye.

Misi itu akan diketuai Kolonel (Dr) Nik Mohd Noor Nik Amin.