Gempa Turkiye | 'Saya minum air kencing sendiri' – Mangsa

  • tahun lalu
Seorang mangsa gempa bumi di Turkiye terpaksa minum air kencing sendiri sejak empat hari lalu untuk meneruskan hidup.

Adnan Muhammed Korkut terperangkap di bawah runtuhan bangunan di bandar Gaziantep.

Bagaimanapun, remaja berusia 17 tahun itu berjaya diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Jumaat selepas 94 jam.