Rasuah | Malaysia perlu lebih proaktif

  • tahun lalu
Dalam usaha untuk mencapai sebuah negara yang mampu menjamin kestabilan dalam pelbagai aspek terutamanya membabitkan masyarakat yang inklusif dan aman atau terwujudnya penegakan keadilan yang lebih menyeluruh, Malaysia perlu berusaha lebih gigih selain keperluan dalam memperbaiki kekuatan yang ada.

Menurut Pengerusi Global Leadership Foundation, Helen Clark, Langkah yang lebih proaktif perlu dimainkan oleh negara ini dalam menangani pelbagai isu yang melanda terutamanya dalam krisis rasuah yang banyak diperkatakan.