Konflik Selatan Thai | Serah pada kebijaksanaan dua PM - Zambry

  • tahun lalu
Ketika soalan berkaitan isu konflik selatan Thailand diajukan kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, beliau menyerahkan isu tersebut kepada kebijaksanaan pemimpin kedua-dua negara.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand yang dalam rangka lawatannya akan turut Bertemu Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha.