Parlimen | Bas perantara percuma memudahkan, promosi pengangkutan awam
  • tahun lalu
Bas perantara percuma antara KL Sentral ke bangunan Parlimen akan disediakan bermula pada sidang Parlimen akan datang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia antara beberapa inisiatif baharu yang akan dilaksanakan Kementerian Pengangkutan tahun ini.

Inisiatif itu bukan sahaja bertujuan memudahkan dan memberi keselesaan kepada ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan wakil media, tetapi ia juga akan membantu mempromosikan penggunaan pengangkutan awam.
Disyorkan