RTW PERKESO | 54,148 berjaya kembali ke alam pekerjaan

  • tahun lalu
Seramai 54,148 pekerja yang mengalami kecederaan dan hilang upaya berjaya kembali ke alam pekerjaan menerusi Program Return to Work (RTW) yang diperkenalkan PERKESO sejak 2007 sehingga Disember 2022.

Menurut Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar, menerusi program tersebut PERKESO telah mengubah fokus dari pembayaran pampasan semata-mata kepada perkhidmatan pemulihan dan pencegahan yang memperkukuhkan lagi kesejahteraan golongan pekerja.