Banjir Kilat | Penduduk sifatkan bencana sebagai terburuk sejak 2003

  • tahun lalu
Banjir kilat yang melanda Kampung Simpok Siburan pada Khamis malam adalah yang terburuk sejak 20 tahun lalu.

Hujan lebat berterusan selama lima jam mengakibatkan paras air sungai berhampiran meningkat mendadak sehingga dua meter.

Keadaan memaksa sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka di SK St Peter bagi menempatkan 158 mangsa yang teruk terjejas.