Kerusi Parlimen | Komposisi 35% untuk Sabah, Sarawak masih dibincangkan

  • tahun lalu
Isu berkaitan komposisi satu pertiga kerusi Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat seperti yang termaktub pada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih di peringkat perbincangan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurutnya, penyelesaian itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana perlu melalui banyak peringkat melibatkan pelbagai pihak, termasuk tiga jawatankuasa utama iaitu Jawatankuasa Urusetia MA63; Jawatankuasa Teknikal MA63 dan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63.