[WACANA SINAR] Mampukah konsep madani memulih negara
  • tahun lalu

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Januari lalu memperkenalkan konsep 'Malaysia Madani' yang merupakan konsep baharu menggantikan Keluarga Malaysia.
Konsep madani yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan pimpinannya menggariskan enam tonggak panduan seperti prinsip keadilan, kebebasan dan sifat ihsan sesama manusia bagi mengemudi negara.

Persoalannya, mampukah nilai-nilai murni dalam visi Malaysia Madani yang dibawa oleh Anwar memulih negara atau ia hanya sekadar retorik dan slogan semata-mata?
Saksikan Wacana Sinar siri 382 ‘Mampukah konsep madani memulih negara’ bersama Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari, Ahli Lembaga Pengarah, Institut Darul Ehsan, Amidi Abdul Manan dan Pakar Undang-undang Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Salawati Mat Basir pada Selasa, 31 Januari 2023, jam 8.30 malam secara langsung di media sosial Sinar Harian.

Ada soalan? Ajukan di ruangan komen.

Muzik: www.bensound.com

#WacanaSinar
#SinarUntukMalaysia
#SinarHarian
Disyorkan