'Sedekah untuk aku, rasuah untuk engkau'
  • tahun lalu
Kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa perbuatan mengagih wang kepada pengundi dalam tempoh kempen PRU15 lalu adalah sedekah sememangnya mengundang polemik panjang.

Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu, kenyataan Ahli Parlimen Marang itu tetap dilihat boleh menimbulkan kekeliruan terhadap takrif ‘membeli undi’ yang merupakan kesalahan dalam Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sementara menunggu siasatan selesai, rakyat seharusnya ada pendirian jelas terhadap ancaman dan bahaya rasuah kepada keharmonian hidup dalam bermasyarakat dan bernegara.

Ikuti analisis isu ini, 'Sedekah untuk aku, rasuah untuk engkau' dalam Plot Twist bersama hos, Haizir Othman.
Disyorkan