Gagasan Rakyat | Stephen sahkan sudah hantar surat letak jawatan

  • tahun lalu
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Stephen berkata, pihaknya telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dalam kalangan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gagasan Rakyat dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selain bersetuju dengan penstrukturan semula ini.