Sultan Perak, Permaisuri berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina
  • tahun lalu
Sultan Perak, Permaisuri berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina

BERITA SEMASA 29 JANUARI 2023

Keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memeriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di Taman Tema Lost World of Tambun, Ipoh, Perak, lapor Wartawan Sinar Harian Perak, Normawati Adnan.

Keberangkatan tiba baginda sekitar jam 3 petang itu diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Ketibaan baginda yang mengenakan pakaian batik berwarna ungu menarik perhatian kira-kira 40,000 pengunjung yang tiba seawal jam 2 petang.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Artikel: https://bit.ly/3Y3PzwF

Muzik: Elevate dari www.bensound.com