Pembersihan UMNO | ‘Nak rayu macam mana, prosedur asal pun tak ikut’ – Shahril

  • tahun lalu
''Bagaimana saya mahu buat rayuan, kalau prosedur asal tidak digunakan dengan betul.''

Itu Dakwaan, Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang meragui hasil keputusan bakal diperoleh sekiranya beliau membuat rayuan terhadap penggantungan enam tahun yang dikenakan terhadapnya.

Dakwanya, ini kerana proses hukuman dikenakan itu tidak menggunakan prosedur sepatutnya memandangkan beliau tidak menerima sebarang panggilan daripada Lembaga Disiplin UMNO atau surat sebelum keputusan berkenaan dibuat.

Jika tindakan tersebut dibuat semata-mata untuk beliau 'u-turn' atau berdiam diri, shahril menegaskan perkara itu tidak akan berlaku.

Disyorkan