Banjir | Mangsa kongsi detik cemas rumah dinaiki air

  • tahun lalu
Empat sekeluarga sempat bermalam di rumah ahli keluarga lain bagi menyelamatkan diri selepas rumah mereka di Kampung Rancangan Cocos, Beluran, hampir dinaiki air banjir, pada Rabu.

Menceritakan kepada Awani Borneo, Saybat Mukden berkata, dia dan keluarga berjaya dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kampung itu oleh anggota bomba pada Khamis.