KKM Jawatan Tetap | Pegawai pergigian, farmasi lantikan kontrak 2016 dan 2017

  • tahun lalu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka permohonan jawatan tetap bagi pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak tahun 2016 dan 2017.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, permohonan itu boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Sistem SPA9) mulai 30 Januari hingga 12 Februari ini.