Perkhidmatan 5G | KKD umum pelaksanaan DNB Mac ini
  • tahun lalu
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dijangka mengumumkan pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Bhd (DNB) dengan beberapa penambahbaikan menjelang atau sebelum hujung Mac ini.

Menurut menterinya, Fahmi Fadzil, DNB sedang meneliti dan menilai pilihan yang ada bagi memastikan pelaksanaan itu bukan hanya mencapai sasaran 80 peratus malah diperluas kepada kawasan berpenduduk di seluruh negara.
Disyorkan