Bengkel SPM | Tiada diskriminasi agama dalam bengkel SPM di Johor
  • tahun lalu
Kementerian Pendidikan menegaskan tiada isu diskriminasi agama dalam penganjuran bengkel persediaan SPM melibatkan sebuah sekolah di Johor yang tular baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan pada Selasa, KPM menyatakan bengkel yang dilaksanakan diasingkan mengikut siri untuk mengelakkan gangguan terhadap calon yang sedang membuat persiapan bagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.