Tahun Baharu Cina | Bobcatz latih masyarakat India kuasai tarian singa

  • tahun lalu
Setiap kali tiba perayaan Tahun Baharu Cina, 'aksi singa' menari dan melompat lincah antara yang paling dinantikan.

Diiiringi dengan paluan dram dan dentuman gong, tarian tradisional kaum Cina ini akan menaikkan semangat kepada sesiapa sahaja yang menontonnya.

Seiring peredaran zaman, tarian singa atau "wu shi" dalam bahasa Mandarin kini mula menarik minat pelbagai bangsa untuk mendalaminya.